Saturday 24 March 2012

Reiki Itu Semudah Makan Kacang

Seperti mana tajuk di atas, Reiki dapat digunakan secara menyeluruh dan pelbagai. Ianya tidak terhad kepada satu atau dua teknik sahaja. Setiap hari kita menyentuh pelbagai objek dan juga subjek dengan menggunakan tangan kita. Untuk maklumat tambahan, tangan manusia mempunyai titik chakra atau pintu energi yang boleh mengalirkan energi keluar dari tubuh. Dalam konteks Reiki, energi yang dialirkan keluar adalah energi alam semesta.


Setiap dari kita menggunakan tangan kita sepanjang masa. Oleh itu, mengapa tidak dialirkan energi Reiki?

Itu belum lagi diceritakan mengenai energi yang dialirkan atau dipancarkan melalui mata atau mana-mana bahagian lain dari anggota tubuh kita, hahaha.. perkara ini akan dikupaskan pada artikel yang akan datang.

Secara mudah kita boleh alirkan Reiki dengan menggunakan tapak tangan. Di bawah disertakan gambaran penggunaan reiki. Ianya cukup mudah!!

 MEREIKIKAN AIR MINUMAN




Reikikan air minuman. Air amat penting bagi tubuh kita semua. Oleh itu, jangan ragu-ragu untuk mereikikan air setiap kali hendak minum. Caranya :

  1.  Bismillahirrahmanirrahim 
  2. Boleh ikut seperti didalam gambar (Menggunakan kaedah Beaming) 
  3. Atau pegang sahaja gelas / bekas air yang berisi air yang hendak diminum 
  4. Niatkan energi penyembuhan mengalir dari telapak tangan terus ke bekas air. 
  5. Minumlah tanpa was-was

MEREIKIKAN HAIWAN PELIHARAAN

Selain itu, anda juga boleh mereikikan haiwan peliharaan seperti kucing, ikan dalam akuarium, arnab, dll. Dengan teknik ini juga anda boleh gunakan untuk mereikikan seluruh kandang lembu, kambing atau reban ayam (Teknik untuk skala yang besar ini memerlukan beberapa teknik tambahan) 

Caranya :
  1.  Bismillahirrahmanirrahim 
  2. Pegang / usap sahaja haiwan kesayangan anda itu (boleh guna kaedah Beaming jika haiwan itu mengalami luka) 
  3. Niatkan energi kesihatan mengalir dari telapak tangan terus ke haiwan tersebut. 
  4. Sertakan sekali bacaan surah Al-fatihah jika haiwan itu sedang sakit




MEREIKIKAN TANAMAN / BUNGA 

Juga tidak ketinggalan, tanaman dan tumbuhan bunga yang anda tanam pada sekeliling rumah. Ianya juga termasuk dalam ‘senarai’ objek yang boleh anda cuba reikikan. 

 Caranya : 
  1.  Bismillahirrahmanirrahim 
  2. Sentuh atau beaming pada tumbuhan / bunga 
  3. Niatkan energi kesihatan mengalir dari telapak tangan terus ke tumbuhan / bunga tersebut. 
  4. Siram tumbuhan dengan air yang telah direikikan  

Mudah bukan? Cara yang sama, hanya objek sahaja yang bertukar. Anda boleh mencuba beberapa kaedah yang lebih variasi dengan gabungan KUASA MINDA yang mana ianya boleh digunakan untuk memprojekkan gambaran yang anda ingin berlaku pada objek yang anda reikikan itu. 

Apa sahaja, duit, aset, kenderaan, rumah, komputer, reikikan sahaja tanpa ragu-ragu. 

Dengan hanya 4 atau 5 langkah sahaja anda telah boleh pun menjadi Pengamal Reiki Sepenuh Masa. Malah jika anda berlatih sehingga mahir, tahap kesempurnaan anda akan melebihi tahap seorang Reiki Master sebenarnya. 

Mudah bukan? Berminat untuk belajar? 

Hubungi saya 017-265 2145
Afiq Aris (Pengamal Reiki Sepenuh Masa)

0 comments:

Post a Comment