~M.I.R~


Malaysian Institute for Reiki merupakan sebuah akademi latihan dan pembelajaran REIKI mengikut skima antarabangsa dan mengekalkan cara tradisional. MIR dibawah pengurusan IQBC dan telah didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. MIR menawarkan kursus serta kelas-kelas reiki sepanjang tahun di mana para pelajarnya terdiri dari semua peringkat dan golongan masyarakat, agama dan bangsa. Jumlah bilangan pelajar yang mengikuti kursus REIKI di sini semakin bertambah dari sehari ke sehari. Ini menunjukkan satu perkembangan yang positif bagi rawatan alternatif dalam bidang perubatan di Malaysia.

 MIR menawarkan latihan serta pembelajaran yang berkesan, dalam keadaan selesa dan mengikut garis panduan skima antarabangsa. Disamping itu, nota-nota juga dibekalkan dalam bahasa Malaysia dan Inggeris demi memudahkan pemahaman pelajar ketika kursus dijalankan. Dalam mempastikan kualiti pembelajaran dan pemahaman pelajar, MIR menganjurkan sesi perjumpaan untuk berkongsi pendapat dan pandangan serta menjawab setiap persoalan dan permasalahan yang timbul. Perjumpaan ini diadakan setiap minggu pertama dalam setiap bulan. Ia terbuka kepada semua pelajar-pelajar yang telah mengikuti kursus serta kepada sesiapa sahaja yang ingin mengenali REIKI dengan lebih dekat.

  KURSUS – KURSUS YANG DITAWARKAN DI M.I.R

 Terdapat banyak kursus – kursus yang ditawarkan untuk sesiapa sahaja yang berminat mendalami ilmu rawatan alternatif dan yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan. Semua kursus ini dijalankan dalam satu kumpulan kecil untuk memudahkan proses pembelajaran dan perhatian yang lebih khusus. Setiap kursus – kursus ini diajar oleh tenaga pengajar yang bertauliah dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang terapi alternatif. Malah semua tenaga pengajar ini berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 Semua kursus yang diajar mengikut piawaian dan silibus yang terkandung di dalam setiap subjek mengikut skima antarabangsa. Setiap kursus – kursus dibahagikan kepada dua pecahan teknik pengajaran iaitu teori dan amali. Antara kursus – kursus yang boleh diikuti adalah :
  • Reiki Tahap I & II 
  • Reiki Tahap Lanjutan 
  • Reiki Tahap Master 
  • Karuna Ki 
  • Imara Reiki 
  • Reiki i-Kids 
  • Reiki i-Teen
  •  Kursus Numerologi 
  • Nur Reiki Salam 
  • Meditasi Sufi Iridology & Physiology
  •  Vibrational Medicine & Applied Kinesiology 
 Setiap kursus-kursus ini mempunyai yuran yang berbeza-beza. Kursus-kursus ini dikupas secara terperinci malah setiap kursus ini melibatkan ilmu Sains Bio Energi Manusia iaitu sistem badan manusia. Kursus yang dijalankan di M.I.R adalah pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

  SUKATAN PELAJARAN REIKI DI M.I.R 

 Berikut disenaraikan sukatan pelajaran/ syllabus yang diajar di M.I.R bermula dari REIKI Level 1 hingga Peringkat Master. Sukatan ini menggunakan sukatan pelajaran REIKI antarabangsa.

  REIKI PERINGKAT 1 

  BAHAGIAN I 
  •  Pengenalan Kepada REIKI 
  • Sejarah REIKI 
  • Penggunaan REIKI 
  • Maksud Penyembuhan 
  • Tiga Peringkat Pengijazahan 

REIKI BAHAGIAN II
  •  Elemen-Elemen 
  • Chakra Tujuh 
  • Chakra Utama 
  • Carta Rujukan 
  • Warna Chakra 


REIKI BAHAGIAN III
  • Keperluan Dan Persiapan 
  • Tujuan Attunement – Penyelarasan Tenaga Panduan Penyembuhan Diri – Self Healing Dua Puluh Satu Hari Proses Pembersihan 


REIKI PERINGKAT 2 

  BAHAGIAN I 
  • Pusat Tenaga / Chakra 
  • Aura / Medan Elektromagnetik 
  • Kundalini / Jaluran Tenaga Utama 


BAHAGIAN II
  • SIMBOL REIKI 
  • Simbol Pertama 
  • Simbol Kedua 
  • Simbol Ketiga 


BAHAGIAN III
  • ATTUNEMENT & SELF CLEANSING 
  • Keperluan Dan Persiapan 
  • Tujuan Attunement 
  • Persiapan Untuk Attunement 
  • Semasa Proses Attunement 
  • Selepas Proses Attunement 
  • Pembersihan Fizikal 
  • Latihan Pernafasan Harian 
  • Panduan Penyembuhan Diri 
  • Dua Puluh Satu Hari Proses Penyembuhan 


BAHAGIAN IV
  • MERAWAT AHLI KELUARGA, RAKAN DAN ORANG LAIN 
  • Menggunakan REIKI 
  • Reiki Tidak Mendatangkan Kerosakkan 
  • Tenaga Tidak Berkurang 
  • Sesiapa Sahaja Boleh Belajar Reiki 
  • Panduan Dan Tertib Penyembuhan 
  • Persekitaran 
  • Persediaan Untuk Rawatan 
  • Proses Rawatan 
  • Scanning (imbasan) 


REIKI PERINGKAT LANJUTAN 3a (ADVANCE REIKI) 

BAHAGIAN I
  • Simbol Usui Master 

BAHAGIAN II 
  • ATTUNEMENT & SELF CLEANSING 
  • Keperluan Dan Persiapan 
  • Tujuan Attunement 
  • Persiapan Untuk Attunement 
  • Semasa Proses Attunement 
  • Selepas Proses Attunement 
  • Pembersihan Fizikal 
  • Latihan Pernafasan Harian 
  • Panduan Penyembuhan Diri 
  • Dua Puluh Satu Hari Proses Penyembuhan 


BAHAGIAN III
  • MEDITASI REIKI DAN TEKNIK LANJUTAN 
  • Meditasi Reiki 
  • Teknik Lanjutan 
  • Pembedahan Psikik- Mengalihkan Energi Negatif


REIKI PERINGKAT MASTER 3b 
  • Kelayakan & Syarat Untuk Reiki Master
  •  Kod & Etika Umum 
  • Kod & Etika Khusus 
  • Tanggungjawab sebagai ‘Master’ 
  • Tanggungjawab Sebagai guru ‘Master’ 
  • Ciri-ciri dan panduan sebagai Pengajar 
  • Simbol-simbol pada peringkat ‘Reiki Master’ 
  • Pengijazahan 
  • Tujuan
  • Tatacara 
  • Tertib 
  • Teknik Pengijazahan Reiki 1 
  • Teknik Pengijazahan Reiki 2 
  • Teknik Pengijazahan Reiki 3A- Advance 
  • Teknik Pengijazahan Master 
  • Teknik Pengijazahan – Reiki for Healing 
  • Teknik Pengijazahan – Jarak Jauh 

 Source > Malaysian Institute of Reiki

0 comments:

Post a Comment