~Guru @ Sifu @ Shifoo Ku~


Master Mir Hazil Azran Ramli

Master Mir Hazil adalah Konsultan dan Pengamal di Pusat Rawatan Reiki, InnerGy Quest Bio Concept Sdn. Bhd. Beliau berpengalaman luas dalam menawarkan pelbagai terapi alternatif, khidmat kaunseling, terapi rohaniah, kursus Reiki, kursus Kuasa Minda, Numerology, Motivasi, khidmat diagnosis Bio-Energi melalui Kamera Aura-chakra, Khidmat ‘Feng Shui’, Kristal dan lain-lain perkhidmatan yang menjurus kepada keharmonian jasmani dan rohani. Beliau juga merupakan Pengamal Alternatif pertama di Malaysia yang menawarkan khidmat diagnosis kesihatan aura melalui Kamera ‘Aura Video Station’ (AVS). Sehingga kini, sudah ramai individu dan organisasi yang mendapat manfaat daripada ilmu dan pengalaman yang dimiliki oleh beliau.
<AKTIVITI / PENCAPAIAN / MEDIA & Master Mir HAZIL>
Master Mir Hazil secara aktif melibatkan dirinya dalam mendedahkan ilmu aura dan Reiki kepada umum. Beliau menerima banyak undangan bagi membicarakan dan memper-jelaskan perihal aura secara ilmiah dalam banyak majlis ilmu. Antara yang pernah mengundang beliau adalah:
  • Universiti Sains Malaysia,
  • Universiti Malaya,
  • Universiti Teknologi MARA Malaysia,
  • Dewan Perniagaan Melayu Malaysia,
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Kementerian Perladangan
  • Pertubuhan Umno,
  • Puspanita,
  • Usahanita,
  • Felda,
  • Insken,
  • MARA,
  • Jabatan-jabatan swasta dan syarikat-syarikat persendirian.

Beliau juga turut mendapat undangan untuk bersiaran di rancangan Wanita Hari Ini dan Malaysia Hari Ini di TV3, rancangan Nasi Lemak Kopi O – TV9, rancangan Busana Muslim di TV9 serta memperkenalkan konsep ‘Aura & Makanan’ melalui 13 episod rancangan masakan di RTM1 yang bertajuk ‘Aura Rasa’. Beliau juga pernah diwawancara di media-media cetak seperti di akhbar Berita HarianUtusanMetroSinar Harian, Majalah Mingguan WanitaHarmoniAl-Islam,MastikaMisteri dan lain-lain. Tajuk aura dan Reiki dengan nama Master Mir Hazil begitu sinonim, malah ramai yang mendapat penerangan ilmu aura, chakra dan Reiki secara jelas dan tepat daripada beliau.
MASTER MIR HAZIL DI MEDIA ELEKTRONIK
 
 
 
MASTER MIR HAZIL DI AKHBAR & MAJALAH
 
 
Di Majalah Misteri:
Di Majalah Al-Islam
SIRI UNDANGAN CERAMAH – MASTER MIR HAZIL

Master Mir HAZIL berkongsi ILMU AURA melalui penulisan BUKU AURA PENYEMBUHAN REIKI & AURA PERSONALITI WARNA. PERTAMA di Malaysia!! Buku ilmiah lengkap PERIHAL AURA ini memBUKTIkan KREDIBILITI beliau sebagai Pengamal Aura yang bertauliah (bukan seperti ramai mereka yang menghasilkan PRODUK AURA, BIO-ENERGI, air bio aura, gelang magnet, minyak aura & sebagainya ATAU yang mengajar ILMU-ILMU aura yang ‘mengaku sebagai pakar atau doktor aura’). Selain PENGAMAL YANG MEMILIKI PERKAKAS BIO-ENERGI seperti KAMERA BIO-SENSOR AURA & Digital Meridian System, beliau merupakan SATU-SATUNYA pengamal yang banyak BERKONGSI ILMU AURA & REIKI secara jujur & ilmiah.


Memenuhi permintaan dari syarikat penerbitan buku tempatan, PTS Millinnea Sdn Bhd yang meminta beliau menulis buku berbahasa Melayu untuk tajuk-tajuk perihal Aura, Warna dan Reiki; akhirnya pada Jun 2008 lahirlah BUKU REIKI PERTAMA di Malaysia, ditulis dalam Bahasa Melayu yang bertajuk AURA PENYEMBUHAN REIKI.
Usaha beliau mendapat sokongan dari BPT&K Kementerian Kesihatan Malaysia memandangkan Negara kita masih ketandusan bahan-bahan rujukan dan bacaan ilmiah untuk tajuk-tajuk sebegini. Menjadi buku perubatan komplementari pertama yang bermutu dan penuh maklumat, usaha beliau ini mendapat sokongan dan sambutan yang begitu menggalakkan dari pelbagai golongan Profesional.
Berikut adalah KATA PENGANTAR dari PENGARAH BPT&K Kementerian Kesihatan Malaysia:
Majlis pelancaran buku tersebut telah diadakan pada 28hb Jun, 2008 di Shah Alam dan dirasmikan pelancarannya oleh En Jaafar Lassa, Penolong Pengarah BPT&K, KKM. Pengurus Penerbitan PTS Millennia Sdn. Bhd., Encik Fauzul Na’im Ishak turut hadir bersama beberapa lagi tetamu VIP memeriahkan Majlis Tersebut antaranya Al-Ustaz Muhammad Gunawan Che Aziz – Pegawai di Jabatan Wakaf, Zakat, & Haji JABATAN PERDANA MENTERI yang juga seorang penulis. Berita pelancaran boleh di baca di: http://www.blogpts.com/laporan-pelancaran-buku-aura-penyembuhan-reiki.html

1 comment: