Wednesday 11 April 2012

Workshop Applied Kinesiology


Workshop AK di M.I.R? 

Pada 22 April ini kami akan mengadakan Workshop AK setelah sekian lama ianya tidak diadakan. Akhir sekali ianya diadakan pada tahun 2009. Workshop AK ini merupakan Workshop KHAS Juruterapi Reiki Bio-Energi yang sebelum ini tidak dibuka kepada orang ramai. Kini, ianya telah bersedia untuk menjadi UMUM. 

 Apa itu Applied Kinesiology (AK)? 

Applied Kinesiology (AK) adalah satu bentuk diagnosis yang menggunakan ujian otot sebagai mechanisma maklum balas utama untuk memeriksa bagaimana badan seseorang itu berfungsi. Hasil diagnosis AK akan menentukan bentuk Terapi Terbaik bagi klien. Oleh kerana AK mempunyai bersama unsur-unsur teras terapi pelengkap (komplementari), ia menyediakan satu pendekatan antara disiplin kepada penjagaan kesihatan. 

Secara umum, Pengamal (Applied Kinesiologist) akan menguji otot yang lemah dan kemudian cuba untuk menentukan mengapa otot tersebut tidak berfungsi dengan baik. Pengamal kemudiannya akan menilai dan menggunakan terapi yang terbaik untuk merawat otot yang lemah dan membantu pesakit. Terapi Terbaik yang boleh digunakan digunakan adalah termasuk Terapi Reiki, pelbagai Terapi Myofascial, Terapi Meridian, pemakanan ubatan klinikal, pengurusan makanan dan pelbagai prosedur refleks. Dalam beberapa kes, Pengamal (Applied Kinesiologist) boleh menguji sensitiviti alam sekitar atau makanan dengan menggunakan otot yang sebelum ini kuat untuk mencari apa yang melemahkannya.

Tonton video di bawah ini untuk pencerahan..


Hubungi segera di talian - 017 - 2652145

0 comments:

Post a Comment