~Tentangku~

Bernama Mohd Afiq Bin Haji Mohd Aris.

Mula meminati Reiki dari kali pertama mengetahui apakah itu Reiki. Atas izin Allah, saya telah menerima didikan Reiki dari Malaysia Reiki Chapter Leader iaitu Dr. Mir Hazil Azran Ramli. Beliau juga merupakan sebagai seorang ayah yang sentiasa menasihati dalam melalui jalan kehidupan ini tanpa penat dan lelah.

Beliau telah menyampaikan amanat bahawa Reiki ini adalah ilmu hikmah. Ianya harus di sebarkan kerana terdapat lebih dari 1001 kebaikan dalam mempelajari ilmu ini.

Saya selaku anak muridnya ingin memenuhi amanat tersebut dengan menyebarkan ilmu ini dan biar mereka diluar sana tahu apakah itu Reiki.

Maka blog ini adalah untuk menceritakan perjalanan selaku seorang hamba yang fakir dalam mengharungi hidup dengan mengamalkan Reiki dalam kehidupan harian.

Selain itu, saya sebagai seorang pengamal Reiki di I-Quest Training And Consultancy akan turut serta berkongsi apa apa sahaja tawaran serta kelas terbaru yang akan di adakan di situ.

Akhir kata, saya juga mahu melihat ilmu ini terus di makmurkan. bagi mereka yang hanya menyebarkan ia di luar sana  demi kepentingan dan keuntungan, renungkan kembali di manakah terletaknya martabat ilmu tersebut. Kerana bagi mereka yang mempunyai ilmu, ia juga adalah amanah. Allah sentiasa melihat apa yang anda lakukan.

Untuk sebarang pertanya mengenai program-program dan juga aktiviti berkaitan Reiki, jangan segan untuk email kepada afiq.stc@gmail.com atau terus hubungi saya di +6017 - 265 2145.

0 comments:

Post a Comment